Thursday, March 31, 2011

KesUmaM 2011


Assalamualaikum kepada pembaca semua,alhamdulillah,dapat lagi ana mengupdate lagi blog 10thgen yang tak seberapa ni..hee..^_^..bersyukur kepada Allah s.w.t kerana melancarkan program Kejohanan Sukan Maktab Mahmud(KESUMAM) yang telah diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.


Tapi,sebelum tu,ana nak cerita dahulu latihan2 yang telah diadakan..Di antaranya:-

a)takraw





b)bola tampar





c)bola sepak






d)badminton





e)ping pong







Pencapaian Maktab Mahmud Yan dalam KESUMAM pada tahun ini agak memberangsangkan walaupun masih tidak mampu meraih juara kesuluruhan.Antara kejohanan yang mampu diraih ialah:

  1. Bola Tampar Putera (Naib Johan)
  2. Bola Tampar Puteri (Johan)
  3. Ping-pong Putera Single (Johan)
  4. Ping-Pong Puteri Double (Johan)
  5. Badminton Putera Double (Naib Johan dan tempat ke-4)
  6. Badminton Puteri Double (Naib Johan) 
Keputusan johan bagi KESUMAM bagi tahun ini adalah Maktab Mahmud Alor Star(MMAS)..Tahniah diucapkan..

Walaubagaimanapun,bak kata 'Mahatma Gandhi',"Kepuasan letaknya pada usaha,bukan pada hasil.Berusaha dengan keras merupakan kemenangan yang hakiki."..Dengan itu,Insya'Allah johan keseluruhan akan berada dalam genggaman MMY pada tahun akan datang..Insya'Allah...

Friday, March 18, 2011

Majlis Jasamu Dikenang....

Assalamualaikum kepada para pembaca…sudah lama ana tak update blog ni..Pada Ahad yang lepas 13 Februari 2011..Satu majlis telah diadakan sempena menghargai jasa2 yang telah di taburkan oleh guru2 MMY yang ditukarkan ke Maktab Mahmud yang lain maka diadakanlah majlis perpisahan ini…Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar iaitu Wan Muhammad Nur Ariff..Kemudian ucapan ketua pelajar, ucapan wakil guru(lupa la plak sapa yang bagi..) dan ucapan dari ayahanda yang dihormati Ustaz Abdullah bin Haron…




Seterusnya,acara diteruskan lagi dengan ucapan dari Ustaz Wan Ahmad Syazwan....Ustaz Wan telah ditukarkan ke Maktab Mahmud Alor Star…..





Then,diteruskan lagi dengan ucapan dari Ustaz Ahmad Naser..Ustaz Naser telah ditukarkan ke Pulau Mahsuri yakni Pulau Langkawi…..


Bersama dengan ustaz2..
Kemudian ucapan dari Cikgu Hazli…Cikgu Hazli telah ditukarkan ke Maktab Mahmud Pokok Sena….


Ucapan ustazah Fadhilahtunnur yang disampaikan oleh Cikgu Rubiah…Ustazah tidak dapat hadir kerana anak ustazah yg sakit…apa2 pon kami sentiasa mengingati ustazah…ustazah mengirimkn pantun untuk semua pelajarnya…salah satu pesan dari ustzah ialah jangan tidor dalam kelas,belajar rajin2 hingga ke pucak gading  n byk lgi..hee.....Ustazah berhenti daripada mgajar kerana ada hal yg penting utk diselesaikan oleh ustazah..







Bersama dengan ustazah di dalam kelas


Ucapan yang terakhir dari Cikgu Zaiton yang paling lama menabur bakti di bumi barakah ini…Suasana sedih menyelubungi semasa beliau melafazkan ucapan ditambah lagi dengan cikgu yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya..Ramai yang menitiskn air mata di saat ini….Beliau dipindahkan ke Maktab Mahmud Pendang sebagai PK akademik di sana….


Bersama dengan Cikgu Zaiton 

Selepas selesai ucapan oleh guru2 acara diteruskn dengan tayangan slide  dan sajak yang menyentuh jiwa yang disampaikan oleh wakil pelajar puteri..Kemudian penyampaian saguhati dari pihak sekolah kepada guru2 ini….setelah selesai majlis,acara salam-bersalaman antara guru2 dan pelajar2…majlis hari itu semuanya berjalan dengan lancar Alhamdulillah….
DAn di bawah ni ada la sikit gambar kenangan2...
                                                  


                                                                
Bersama dengan Cikgu Hazli

Sunday, March 13, 2011

PepeRiksaAn TopikAl 1??

Assalamualaikum ana ucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian..Alhamdulillah,bersyukur ke atas Rabbul Jalil kerana dengan nikmat masa yang terluang ni,dapat lagi ana update blog nie..hee..^_^





Ha!!kali ini ana ingin ceritakan tentang Peperiksaan Topikal 1 yang telah diadakan pada 20 Mac 2011 sehingga 24 Mac 2011(yang telah tetera di gambar).Jadi apa yang perlu kita lakukan semasa peperiksaan??jawapannya mestilah kita study hard..hehe..






Menurut pengalaman ana,sebelum peperiksaan eloklah kita melakukan:-

1.buat nota kecil dalam bentuk peta minda,pastikan ringkas dan padat kerana akan memudahkan kita membuat rujukan nanti.
2.Guna pena yang banyak warna untuk highlightkan keywords bagi memudahkan kita ingat topik tertentu.
3.Pastikan nota tersebut mudah dibawa kemana-mana sahaja.
4.Belajarlah relaks dan jangan panik ,kerana jika anda panik dan tidak sabar serta terlalu excited,anda pasti tidak akan mampu mengingati fakta secara maksimum.

Menyediakan peralatan yang perlu di bawa juga merupakan langkah-langkah pembelanjaran
(gambar contoh)


Ulangkaji subjek yang akan naik juga merupakan salah satu langkah awal mengahadapi peperiksaan
(gambar contoh)


Perbanyakan bangun malam agar kita memohon keampunan pada Allah  moga2
diberinya kita kejayaan dunia dan akhirat..Insya'Allah.!!
(gambar contoh)


Dan banyak lagi persiapan2 yang perlu kita lakukan dianataranya seperti di atas..Di sini ana sertakan jadual peperiksaan bagi form 4/5..


Ahad = P.Akaun,Tafsir,Sejarah,Tauhid
Isnin = B.Inggeris,Syariah,Feqah,Ekonomi
Selasa = B.Arab,Hadis,Add MAth,Al-Quran & As-SunnaH
Rabu = BM,usul FiQh,Math,Tajwid
Khamis = Sains,Tarikh Islam













Friday, March 11, 2011

Pelajar baru datang??

Assalamualaikum,kepada anda semua yang sedang membaca blog ini..Bersyukur ke hadrat illahi,kerana dengan nikmat iman dan islamnya dapat lagi kita membaca blog ini..Pada 6 Mac 2011,telah datang seorang pelajar baru ke dalam generasi ke-10 iaitu:-

Muhammad Amir Ashraf

Beliau dahulunya berasal dari Sekolah Menengah Agama Nadhah Hasanah(melele) yang terletak hampir2 dengan Jitra..Amir sekarang menetap di Shah Alam kerana ayahnya bekerja di sana sebagai pegawai polis..


Banyak pengalaman yang telah kami kongsi dengannya di sekolah..