Saturday, July 9, 2011

MAJLIS JASAMU DIKENANG- USTAZ ABDULLAH




Assalammualaikum dan salam sejahtera..Sudah lama ana tak update blog ni kan??Rindu pula nak menulis blog ni..hehe..Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini dan sebagainya...Jadi gunakannya ke arah yang bermanfaat,i'Allah..

Tidak lupa juga untuk kita selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w selaku imam yang akan memberi syafaat kepada umatnya kelak,i'Allah..

Baiklah pada  kali ini ana ingin menulis satu rencana seperti tajuk yang tertera di atas,iaitu tentang perpindahan Ustaz Abdullah Harun ke Maktab Mahmud Sik pada selasa yang lepas 21 Julai 2011.Majlis ini dimulakan dengan ucapan ketua pelajar iaitu Ketua Pengawas Muhammad Afiq dan kemudian ucapan dari wakil guru iaitu Cikgu Rubiah.




Dan kemudian ucapan dari Pengetua baru Maktab Mahmud Yan iaitu ayahanda Ustaz Mohd Asri Bin Saad..




   
Selepas selesai ucapan oleh ayahanda,acara diteruskan lagi dengan tayangan slide dan sajak yang menyetuh hati dan jiwa yang disampaikan oleh wakil pelajar puteri..Seterusnya acara nasyid dari pasukan nasyid sekolah yang agak hebat dan menarik..











Kemudian diteruskan lagi dengan acara monolog dari pelajar putera 3 Ikhlas...






Kesedihan jelas terpancar dari riak wajah ustaz2 dan ustazah2..



Ucapan terakhir dari ayahanda Ustaz Abdullah di Maktab Mahmud Yan...Dan ayahanda ada berpesan kepada kami agar mengekalkan kecemerlangan kami di sini,belajar rajin2 hingga ke puncak gading dan banyak lagi..Beliau juga sempat menjemput pasukan nasyid sekolah untuk pergi membuat persembahan nasyid di Maktab Mahmud Sik..




Kemudian penyampaian saguhati dari pihak sekolah kepada Ustaz Abdullah Bin Harun..
Setelah selesai majlis,acara salam-bersalaman dan sesi tangkap gambar antara murid2 dan Ustaz Abdullah..Alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar.. 
















Thursday, June 16, 2011

Keistimewaan Bulan Syaaban


Nisfu Syaaban 2011 | Keistimewaan bulan Syaaban




  • BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.



  • Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.




  • Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.






  • Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.









  • Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.






  • Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.






  • Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.











  • Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.



  • Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.




  • Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)







  • Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)





  • Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”



  • Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.






  • Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.


Wednesday, June 1, 2011

HolidaYs!!



Assalamualaikum,kepada para pembaca blog ini..apa khabar semua??sihat tak??Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat illahi kerana mengurniakan nikmat kelapangan masa..


Pada kali ini pula,ana ingin menceritakan tentang bercuti..yaa...apa yang dimaksudkan bercuti??emm,sebanarnya ana pon tak taw pa yang dimaksudkan bercuti..hee..(sesiapa yang tahu tu,gtaw2 la ek??)hee..^_^..





Apabila tiba masa bercuti ni,mesti banyak perkara kan,yang kita hendak lakukan sepanjang masa bercuti ni seperti sesetengah orang dia berazam nak tolong ayahnya,pergi tuisyen,menghabiskan masa bercuti dengan bermain game dan sebagainya..Biasalah,setiap makhluk Allah yang bernama insan ini banyak ragam yang tersendiri..Ha!!lagi satu apabila tiba musim cuti ini,mesti banyak kenduri kendara yang berlangsung kan??hee..^_^..Jadi,pergilah kerana kita semua boleh makan free..hee..Jadi,penuhilah masa cuti anda semua dengan aktiviti yang berfaedah..