~iLMu ManFaaT~


JANGAN BERFIKIRAN KOLOT TENTANG DAJJAL!!!



Pertama kali penulis memohon maaf kerana sudah lebih seminggu tidak post article. Bulan ini agak sibuk kerana terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat anjuran Kementerian dan Jabatan Negeri yang masing-masing diadakan di berlainan negeri. Tambahan hotel tempat mesyuarat pula tidak mempunyai internet wireless walaupun 3 dan 4 bintang.
Pengenalan
Umumnya masyarakat Islam atau lebih tepat lagi 98 % berfikiran kolottentang makhluk bernama DAJJAL serta saat-saat kemunculannya. Apakah yang dimaksudkan dengan KOLOT? Apakah kaitannya dengan masyarakat Islam?
KOLOT bermaksud ‘jumud‘ atau ketinggalan zaman atau lebih tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala ‘Berfikiran Kolot’ pula ialah memikirkan sesuatu perkara dengan ‘cara lama’ (old style) dan langsung tidak memperbaharuinya. Sebagai contoh, sepasang suami isteri Muslim yang berpendidikan tinggi dan moden mendapati anak mereka sakit demam yang berpanjangan walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor. Tanpa berfikir panjang mereka mengesyaki anak mereka terkena sampuk syaitan atau perbuatan orang yang mana kebetulan juga mereka tidak berapa baik dengan jiran sebelah rumah.
Maka pasangan tersebut telah membawa anak mereka berjumpa bomoh. Memandangkan pasangan tersebut orang kaya, maka adalah sukar seorang bomoh untuk mengatakan ‘anak mereka sakit biasa saja’, peluang terbaik untuk mendapat income lebih ialah mengatakan ‘anak anda kena buatan orang’.
Itulah cara pemikiran kolot orang Islam, sudah belajar tinggi-tinggi masih mencari bomoh yang tiada sijil SIRIM itu. Begitulah juga tentang hal ehwal Dajjal. Umat Islam masih memikirkan Dajjal seperti berikut ;
A. Gambaran paling kolot !
  • Digambarkan bermata satu dan bertanduk serta berbadan besar.
  • Digambarkan sebagai raksasa yang ganas.
  • Digambarkan seperti raksasa yang berjalan di atas permukaan bumi dan memijak semua rumah-rumah.
B. Gambaran kolot !
  • Dajjal digambarkan orang bermata satu yang datang dengan tentera-tenteranya di atas satu kapal angkasa.
  • Dajjal digambarkan memaksa setiap orang yang dijumpainya supaya mengaku dirinya sebagai tuhan.
  • Dajjal digambarkan suatu manusia yang berperwatakan ganjil dan keadaan fizikalnya yang menakutkan serta suka membunuh semua orang yang dijumpainya.
Setelah berfikiran seperti A dan B, umat Islam secara sendirinya cuba membentuk pula jalan penyelesaian masing-masing terhadap persoalan, “apa aku nak buat jika Dajjal datang kepada ku?”
Berikut pemikiran kolot umat Islam tentang jalan penyelesaian menghadapi Dajjal;
A. Penyelesaian paling kolot !
  • Apa aku nak takut! Jika dia paksa aku, aku tetap akan berlawan jika aku mati nanti, aku akan mati syahid macam sahabat nabi
  • Aku akan pastikan tempat persembunyian aku tidak diketahui Dajjal.”
  • “Aku akan pastikan tempat sembunyi aku di bawah tanah kerana rasaksa Dajjal itu tak boleh nampak dengan jelas”
B. Penyelesaian kolot !
  • Kalau Dajjal suruh mengakui dia sebagai Tuhan, aku akan angguk saja supaya dia tak bunuh aku. Tetapi hati aku tetap akan berniat dia bukan Tuhan, kalau tidak murtadlah aku.”
  • “Kalau Dajjal paksa aku mengakui dia sebagai tuhan, baik aku ikut sahaja. Lepas tu kalau aku jadi orang dia, aku akan cari peluang bunuh dia.”
Itulah pemikiran-pemikiran kolot yang dapat penulis kumpulkan. Dan banyak lagi pemikiran kolot yang tak dapat penulis tuliskan kerana terlalu banyak yang merapu dan tidak masuk akal.
Gaya Berfikir Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?
Jika umat Islam mempunyai fikiran seperti A dan B, manakala jalan penyelesaian juga seperti A dan B, seronoklah Si Laknat itu. Mungkin ada yang memikirkan bahawa Dajjal tidak tahu cara berfikiran kolot di atas. Mana mungkin tidak! Dajjal dimudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan kerja-kerja terkutuknya.
Dajjal ditakdirkan Allah untuk mendapat bantuan dari Iblis dan sekutu-sekutu syaitan. Di dalam diri manusia mempunyai nafsu yang sememangnya dikuasai oleh syaitan untuk menyesatkan iman kita. Memandangkan gerak kerja Dajjal dibantu syaitan dan Iblis adalah tidak mustahil apa yang difikirkan manusia dilaporkan oleh syaitan untuk tujuan kajian Dajjal.
Dajjal akan mengumpulkan semua pemikiran manusia untuk dibuat satu kesimpulan yang khusus. Jika sekiranya Dajjal mendapat maklumat bahawa 90 peratus golongan remaja meminati dunia hiburan atau lebih cenderung kepada muzik. Maka Dajjal akan melaksanakan suatu bentuk penyelidikan bagaimana untuk mempengaruhi pemikiran remaja melalui muzik.
Dengan bantuan syaitan ini, Dajjal lebih mudah juga untuk memikirkan bagaimana untuk menerapkan nilai-nilai kesyaitanan dan pemujaan terhadap dirinya melalui muzik dan hiburan. Untuk memaksa manusia menyembah Dajjal secara terang-terangan adalah sukar, kerana masing-masing mempunyai agama sama ada Islam, Kristian, Yahudi atau sebagainya.
Tetapi untuk membuat manusia mengakuinya sebagai tuhan tanpa manusia sendiri sedari adalah suatu perkara yang mudah. Jika aspek hiburan adalah senjata, maka hiburanlah yang perlu kita ambil peduli dan berhati-hati.
Ingatlah wahai saudara-saudara sekelian, raksasa atau makhluk aneh yang anda tunggu-tunggu tidak akan kelihatan sampai bila-bila. Apa yang pasti, yang akan muncul nanti ialah seorang manusia yang kelihatan normal, berpendidikan, prestij, berkaliber dengan gaya ahli politik yang luar biasa. Manusia itu bernama Dajjal. Kenyataan ini telah banyak dibahaskan oleh kebanyakan pemikir-pemikir Islam dan Barat.
Cara ia memunculkan diri dan hari kemunculannya tidak diketahui melainkan konco-konconya yang terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin beberapa negara Eropah, billionaire dan ketua agama Yahudi. Saat ia muncul, semua umat Islam tidak menyedari kerana umat Islam masih memperhatikan manusia yang bermata satu, berbadan besar dan tertulis KAFIR di dahinya. Semua itu tidak kelihatan. Walaupun hadis mengatakan Dajjal dengan ciri-ciri mata satu, berbadan besar tetapi semua itu boleh diubah Dajjal cuma hanya pada keadaan tertentu yang menampakkan ia begitu. Dan itulah tujuan hadis disabdakan, untuk dikaji dan diselidiki bukannya difahami secara luaran sahaja.
Hanya yang dapat mengenali Dajjal adalah konco-konconya dan ulama-ulama yang zuhud yang mana mereka dapat menghidu bau bencana akhir zaman ketika kemunculannya itu.
Adakah Hiburan Senjata Ampuh Dajjal ?
Ya, telah terbukti bahawa dunia berubah-berubah secara serentak dari segi fesyen dan alunan muzik melalui dunia hiburan. Bermula dengan agogo, twist, rock N roll, rock metal, hard rock, rap, reggae hinggalah sekarang ini semuanya berlaku secara serentak. Menghairankan ! Yakni apa yang berlaku di negara maju sama ada cara muzik dimainkan atau cara berapakaian semuanya diikuti oleh negara dunia kedua dan ketiga.
Dan sekarang ini, suatu era baru yang diketengahkan Dajjal melalui konco-konconya di Hollywood ialah ‘hiburan realiti’. Rancangan bercorak ‘realiti’ semakin menular malah lebih cepat dari virus H5N1 (Birdflu) ke dalam umat Islam. Tak perasankah anda? Anda tentu perasan…semua ini dilihat berlaku dengan cepat dan Akademi Fantasia yang penuh maksiat dan fantasi itu menjadi pelopor sebelum Malaysian Idol dibawa masuk. Seperti yang kita ketahui, konglomerat hiburan dalam Malaysia adalah dikuasai bangsa asing termasuklah semua stesen TV (kecuali RTM). Maka seharusya kita berwaspada dengan dakyah Dajjal semua ini.
Na’uzubillahiminzaalik…..








TAK PAYAHLAH MEMBEBEL, TU KERJA ALLAH!!

Dalam menjalankan dakwah, sering kali terdapat berbagai jenis halangan, jenis ragam manusia,jenis soalan, jenis jawapan, jenis bangkangan dan sebagainya~~

antara ucapan bangkangan yang sering di utarakan adalah,
"ENGKAU Tak payah la nak membebel, TU KERJA ALLAH dan bukan nya kerja engkau untuk tentukan salah ataupun dosa aku!!" " bukan kau yang tentukan aku masuk syurga ataupun neraka"

sekali dipandang bagi SESETENGAH orang yang menyampaikan dakwah, jawapan atau tentangan ini adalah pemati ayat untuk mereka,

bagi para pembangkang pula, ayat-ayat tidak masuk akal seperti itu sangat lah digemari kerana dapat mematikan ayat pendakwah dan memuaskan hati mereka.

bagi orang-orang yang tidak berilmu pula, dengan mudahnya akan menerima dan menyokong ayat-ayat pembangkang itu hanya mengunakan akal tanpa befikir panjang.

Perkara sebegini terjadi adalah disebabkan kerana kekerasan hati dan tidak boleh terima teguran, keluarlah ayat yang melampau seperti itu, tidak ubah seperti kaum jahiliah, yang agak malangnya~ayat2 seperti itu keluarnya dari mulut seorang yang beragama islam.

wahai saudara-saudari ku, ketahuilah,setiap perkataan yang keluarnya dari mulut kita ini akan dipertangungjawabkan di akhirat kelak~

amatlah bodoh sesiapa yang berkata2 tanpa berfikir, wahai saudara-saudari serta diriku ini, jika kita tidak mengetahui akan sesuatu hal, berlajarlah, jika kita hendak bertindak atas sesuatu perkara berfikirlah dahulu...

ketahuilah, AL-Quran itu diturunkan oleh ALLAH kepada rasullulah dan sebagai pembimbing dan contoh kepada kita bagi mendapatkan keredhaan allah kelak di akhirat,

Didalam Al-quran serta sunah rasullullah sendiri pun telah diajarkan kepada kita akan perkara yang perlu dibuat dan perlu dihindar,

satu persoalan buat mereka2 yang suka mengeluarkan ayat seperti diatas tadi,
saya ingin bertanya, "adakah polis boleh menentukan hukuman penjara,gantung,denda,keatas penjenayah??ataupun polis hanya menangkap pesalah, menjaga keamanan dan menguat kuasakan undang2 yang telah dibuat??

tidakkah polis dan hakim menjalankan tugas yang berbeza??
contoh adalah seperti berikut:

peraturan2, tatatertib,denda2 dan lain2= di dalam "kitab" undang2
menghukum, penjara sekian2, hukuman sebat, salah,betul dan lain2=kerja hakim
menangkap, menjaga keselamatan, menegur,mengenakan denda dan lain2 (berdasarkan arahan makamah dan undang2 yang termaktub)= kerja polis

ayuh cuba kita olah sedikit contoh diatas dan digantikan dengan yang berikut:

hukum hudud, cara solat, larangan berzina, suruhan berbuat baik dan lain2= di dalam al-quran dan sunnah rasulullah (atas suruhan ALLAH)
dosa,pahala,neraka,bentuk hukuman, dan lain2= kerja ALLAH
menasihati,mengingatkan, menegur, menguat kuasakan undang2 islam,mencegahkan kemungkaran dan lain2 seperti yang termaktub didalam alquran dan suruhan nabi= kerja seluruh umat islam,(disini terletaknya tugas setiap orang sebagai pendakwah)

nampak kah mereka bahawa kerja yang kita semua lakukan adalahsuruhan ALLAH dan bukannya kerja ALLAH, dan memang benar untuk menentukan hukuman dosa pahala, syurga neraka bukan kerja kita, dan tidak pernah sesekali pun para2 ustaz/pendakwah melakukan kerja yang memang hak mutlak milik ALLAH,

jika kebencian dan tuduhan masih lagi mahu diteruskan, ingin saya bertanya adakah saya dan pihak2 pendakwah dikatakan melakukan kerja ALLAH jika kami menyampaikan ataupun menasihati dengan mengatakan:

"seorang penzina perlulah disebat 100x, seorang penfitnah dosanya lebih besar daripada membunuh, sesiapa yang tidak menutupi aurat (rambut) maka di dalam neraka kelak rambutnya akan digantung dan kepalanya mendidih2, berdosa jika kita derhaka terhadap ibu bapa dan lain2"

adakah ini semua jika kami "katakan dan sampaikan" maka itu dikira kami melakukan kerja ALLAH?? tidak sama sekali, tidakkah kalian2 mengetahui bahawa itu semua FIRMAN ALLAH dan kata2 rasulullah???KAMI HANYA MENYAMPAIKAN dan MENGHUKUM BERDASARKAN SURUHAN ALLAH (umpamanya berzina,jika cukup bukti, perlulah disebat 100x)

DAN MENJADI KEWAJIPAN BAGI SETIAP MUSLIM UNTUK MENYAMPAIKAN, MENGAJAR DAN SALING INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN, kerana ini adalah SURUHAN ALLAH!! KERJA KITA SEMUA...

berhati-hatilah ketika bicara wahai saudara-saudariku, kerana jika silap berbicara kelak binasa di hari muka, fikir2kanlah, bahawa jika kita berkata seperti diatas tadi "adalah umpama kita memperlecehkan suruhan ALLAH," tidakkah tindakan mengatakan ayat seperti itu umpama kita mencabar allah??

menolak nasihat atau teguran pndakwah (*tanpa sebab)=menolak penyampaian suruhan ALLAH=tidak mahu dengar dan memperlecehkan suruhan ALLAH= melawan ALLAH??? (fikir2kanlah)

fikirkanlah saudara-saudari seislamku, adalah dikira cukup baik jika ada yang mahu menegur dan menasihati kita, kerana disitu terletaknya tanda bahawa orang2 tersebut "concern" akan kita, mengambil berat akan kita dan sayang akan kita, bersyukurlah dan terimalah teguran dengan hati yang terbuka,mudah2 han kelak allah mempermudahkan kita dalam melakukan kebaikan dan memperbaikkan lagi akhlak kita,

Ya ALLAH~permudahkanlah perjuangan hamba2 Mu dalam menegakkan agamaMu,suruhan Mu dan hukumMu di muka bumi ini~bantulah mereka ya ALLAH, dan berikanlah kesedaran kepada mereka2 yang masih lalai serta yang keras di hati, hanya kepadamu kami pohonkan ya ALLAH~amin2 ya rabb~

nota kaki
*tanpa sebab, bermaksud jika apa yang disampaikan oleh pendakwah tersebut benar2 soheh dan tidak boleh dipertikai(nyata),








PERSAHABATAN RANTING-RANTING PERPADUAN


wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menguatkan persaudaraan keislaman kita jika persahabatan diantara kita masih goyah,

wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu menaikkan syiar islam diseluruh dunia jika keikhlasan tiada didalam persahabatan,

wahai saudara-saudaraku, bagaimana ingin kita bersatu didalam melemahkan musuh-musuh islam jika tiada persefahaman dan tolak ansur didalam persahabatan kita,

wahai saudara-saudaraku ikatlah persahabatan diantara kita dengan keimanan kerana ALLAH, maka dari situ terbitlah bibit-bibit kemanisan didalam persahabatan dan kekuatan Ummah,

ramai yang mengomel mengatakan di zaman yang serba moden ini, tiada manusia yang ikhlas lagi dalam bersahabat,ramai yang menikam dari belakang...

wahai saudara-saudaraku, bersabda rasulullah s.a.w..."ketahuilah..sesiapa yang mengatakan sesuatu kepada seseorang itu dengan sesuatu keburukan, maka keburukan itu kembali kepadanya...."

sedarilah wahai sesiapa yang yang ragu-ragu dalam bersahabat....
jika kita ingin dihormati, maka hormatilah orang lain terlebih dahulu..
jika kita ingin disayangi,maka sayangilah orang lain terlebih dahulu...
jika kita ingin di percayai, maka percayailah orang lain terlebih dahulu...
begitulah juga jika kita tidak mahu di khianati,maka jangan lah kita khianati orang..
jika kita tidak mahu di herdik maka jangan lah kita mengherdik orang...

ALLAH menjadikan dunia ini sempurna dan adil....keseimbangan terdapat didalam segala sesuatu..berfikirlah wahai saudara-saudaraku...PERSAHABATAN YANG BAIK itu dimulai dengan DIRI sendiri dahulu di sertakan bersama KEIMANAN yang diniatkan kerana ALLAH,

ingatlah...PERSAHABATAN ANTARA SAUDARA SEISLAM adalah ranting-ranting pokok kepada perpaduan UMMAH.....

ya ALLAH....satukanlah hati-hati kami didalam bersahabat keranaMU ya ALLAH....
ya ALLAH....jadikanlah persahabatan kami ini berguna dan diredhaiMU ya ALLAH...
ya ALLAH...jadikalah persahabatan diantara kami ini adalah keranaMU ya ALLAH...
ya ALLAh...jadikanlah persahabatan kami ini seperti mana nya persahabatan di antara Rasulullah dan saidina Abu Bakr....
AMIN~amin~~ya RABB~~perkenankanlah~ n_n










Sahabat yang dihormati,
Terdapat di dalam kitab 'Uqud Al-Lujan' bahawa Nabi s.a.w bersabda maksudnya :Empat wanita yang menjadi penghuni Syurga :
Pertama : Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan ia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

Kedua : Wanita yang banyak keturunan (melahirkan banyak anak ) lagi penyabar serta ia menerima sahaja pemberian Allah itu dan ia sabar dengan kehidupan yang serba kurang (qana'ah) dan apa sahaja yang diberikan suaminya.

Ketiga : Wanita yang bersifat pemalu. Apabila suaminya pergi (keluar menjalankan tugas) ia menjaga dirinya dan tetap beramanah dengan harta suaminya. Jika suaminya pulang ia menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh menguriskan hati suaminya.

Keempat : Wanita yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan ia tetap menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya (yang yatim) dan ia tidak bersedia untuk berkahwin kerana takut anak-anaknya terbiar."
Demikianlah gambaran daripada hadis-hadis Nabi s.a.w. tentang kelebihan darjat kaum wanita dan betapa mudahnya mereka mendapat darjat yang tinggi itu di sisi Allah serta betapa mudahnya jalan yang dibuka oleh Allah untuk memasuki Syurga.

SEMOGA KITA TERGOLONG DI DALAMNYA.....AMIN YA RABB.




5 PENAWAR HATI

 Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.


Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

******

Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :

-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.

*******
Anda mahu menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.
Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.

AMIN..












LELAKI


           SEJATI




  • Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
  • Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.



1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.











SUNNAH NABI SEBELUM 



                TIDUR





Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur

sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridloi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara

seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas

tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam

yakul

lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua

akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa

Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum

wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka

seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi

walaailaaha

illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang

lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.






1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini”.
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy Mu”.
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
 Rasulullah s.a.w bersabda :
“Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27x darjat”
- H.R.Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna”
- H.R.Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat”
- H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda :
“2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya”
- H.R. Muslim & Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka”
- H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan berjatuhlah dosa-dosanya itu”
- H.R.Attabrani
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka
- H.R.Abu Daud & Tarmizi
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga”
- H.R.Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama kamu tidakberhadas. Berkata Malaikat “Ya Allah ampunilah dia dan turunkanlah RahmatMu kepadanya”
- H.R.Bukhari
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ½ malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).
- H.R.Muslim & Ahmad
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium baunya”
- H.R.Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala kaldai”
- H.R.Sahih Muslim
Rasullulah s.a.w bersabda :
“Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70 x solat tanpa siwak”
- H.R.Zanjawaih & Hakim
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas”
- H.R.Bukhari & Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca “Allahuma Rabbana lakalhamdu” kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu”
- H.R.Bukhari & Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama”
- H.R. Ahmad & Abu Daud
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat”
- H.R.Abu Dawud
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
- H.R.Attabrani
SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN…..