Assalamualaikum kepada para pembaca…sudah lama ana tak update blog ni..Pada Ahad yang lepas 13 Februari 2011..Satu majlis telah diadakan sempena menghargai jasa2 yang telah di taburkan oleh guru2 MMY yang ditukarkan ke Maktab Mahmud yang lain maka diadakanlah majlis perpisahan ini…Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh wakil pelajar iaitu Wan Muhammad Nur Ariff..Kemudian ucapan ketua pelajar, ucapan wakil guru(lupa la plak sapa yang bagi..) dan ucapan dari ayahanda yang dihormati Ustaz Abdullah bin Haron…
Then,diteruskan lagi dengan ucapan dari Ustaz Ahmad Naser..Ustaz Naser telah ditukarkan ke Pulau Mahsuri yakni Pulau Langkawi…..
Ucapan yang terakhir dari Cikgu Zaiton yang paling lama menabur bakti di bumi barakah ini…Suasana sedih menyelubungi semasa beliau melafazkan ucapan ditambah lagi dengan cikgu yang tidak dapat mengawal perasaan sedihnya..Ramai yang menitiskn air mata di saat ini….Beliau dipindahkan ke Maktab Mahmud Pendang sebagai PK akademik di sana….
Seterusnya,acara diteruskan lagi dengan ucapan dari Ustaz Wan Ahmad Syazwan....Ustaz Wan telah ditukarkan ke Maktab Mahmud Alor Star…..
Bersama dengan ustaz2.. |
Kemudian ucapan dari Cikgu Hazli…Cikgu Hazli telah ditukarkan ke Maktab Mahmud Pokok Sena….
Ucapan ustazah Fadhilahtunnur yang disampaikan oleh Cikgu Rubiah…Ustazah tidak dapat hadir kerana anak ustazah yg sakit…apa2 pon kami sentiasa mengingati ustazah…ustazah mengirimkn pantun untuk semua pelajarnya…salah satu pesan dari ustzah ialah jangan tidor dalam kelas,belajar rajin2 hingga ke pucak gading n byk lgi..hee.....Ustazah berhenti daripada mgajar kerana ada hal yg penting utk diselesaikan oleh ustazah..
Bersama dengan ustazah di dalam kelas |
Bersama dengan Cikgu Zaiton |
Selepas selesai ucapan oleh guru2 acara diteruskn dengan tayangan slide dan sajak yang menyentuh jiwa yang disampaikan oleh wakil pelajar puteri..Kemudian penyampaian saguhati dari pihak sekolah kepada guru2 ini….setelah selesai majlis,acara salam-bersalaman antara guru2 dan pelajar2…majlis hari itu semuanya berjalan dengan lancar Alhamdulillah….
DAn di bawah ni ada la sikit gambar kenangan2...
No comments:
Post a Comment