Friday, July 29, 2011

Kem Perdana "Al-Jundi" di Batu Hampar..


Assalammualaikum dan salam sejahtera..Sudah lama ana x update blog ni kan??Rindu plak nak menulis blog ni..hehe..Bersyukur ke hadrat illahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini dan sebagainya..Jadi gunakannya ke arah yang bermanfaat..InsyaAllah..Tidak lupa juga untuk kita selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w selaku iman yang akan memberi syafaat kepada umatnya kelak..InsyaAllah..


Baiklah pada kali ini ana ingin menulis satu rencana seperti tajuk yang tertera di atas,iaitu Kem Perdana 'Al-Jundi' di Batu Hampar iaitu di sebuah dusun buah-buahan kepunyaan Sir Azman..


Bermulanya kem itu pada hari Khamis yang bertarikh 21.7.2011..Sesudah saja sekolah pada jam 1.30..Kami diminta bersiap sedia untuk mengemas barang-barang yang perlu dibawa ketika berada di kem..Tepat jam 3.30 kami diminta berkumpul di dataran sekolah untuk diberi sedikit taklimat sebelum bergerak ke BatuHampar..
















 








Sesampainya kami disana,kami diminta mendirikan khemah dan juga gadget-gadget yang lain sebelum menjelang malam..Selepas solat isyak kami dihidangkan dengan sedikit tazkirah dari ustaz Nasir Che Omar..Dan kemudiannya kami tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan..



















Pada keesokan paginya,selepas solat subuh kami diberi oleh pihak urusetia sumber2 makanan yang hendak dimasak pada pagi itu..Dan pelbagai lagi aktiviti yang kami lalui..Baiklah macam biasa,kalau tak da gambar maka tak seri kita hendak melihat blog ini..Jadi lihatlah gambar-gambarnya..






















 Selepas saja selesai solat Jumaat kami diberi seekor ayam setiap kumpulan..Dan dikehendaki memasak ayam tersebut..hehe















Pada malam hari pula,kami mengadakan usrah bersama2 ahli kumpulan masing2..













Pada keesoakan paginya,pihak urusetia dan asatizah telah mengadakan sedikit aktiviti kepada kami..Antaranya :-



























Selepas aktiviti ini diadakan,maka kami dikehendaki membersihkan diri kami untuk bersiap2 pulang ke sekolah yang tercinta..hehe..Sebelum itu,kami dikehendaki berkumpul dahulu..Dan kemudiannya diminta menerangkan tentang bendera kumpulan masing2..

























Akhirnya kami pulang jua ke sekolah dengan berbekalkan semangat  الجندي pada diri masing-masing yang telah kami menimba pengalaman melalui kem tersebut..Terima kasih kami ucapkan kepada asatizah dan juga pihak urusetia yang terlibat iaitu badan asrama yang majoritinya senior kami iaitu abang2 dari 9th Generation..



























No comments:

Post a Comment